En.Zulkifli ![]() | |
Asalamualaikum wrt. wbt. dan salam sejahtera. 1. Nama saya Mohd Zulkifli Taib, umur 37 tahun, berasal dari Kuala Terengganu. Sejak dari kecil lagi berat badan saya lebih gemuk berbanding kawan-kawan saya yang lain dan berat badan saya semakin bertambah selepas kahwin sehingga mencecah 106 kg. 2. Bermacam ubat atau teh diet saya cuba amalkan tetapi berat badan saya tidak juga turun. Pada tahun 2007 saya nekad untuk diet iaitu tidak makan nasi selama 4 bulan. Saya cuma mengambil minuman bijirin sewaktu pagi, tengahari dan malam. Hasilnya berat badan saya hanya berkurangan sebanyak 7 ke 8 kg sahaja. Diet saya ini berterusan sehingga Hari Raya Aidil Fitri tahun 2007. Selepas itu saya mula makan semula dan hasilnya berat badan saya bertambah kembali sehingga 103kg. Manakala pinggang seluar saya bersaiz 44 inci. 3. Saya berasa amat risau dengan berat badan yang semakin bertambah kerana bimbang jika mendapat penyakit kencing manis atau darah tinggi. 4. Alhamdullilah saya terbaca berita tentang Jus Diet Mate 5 melalui akhbar-akhbar dan juga halaman web. Akhirnya saya membuat keputusan untuk menggunakanya. Oleh kerana sudah biasa dengan diet jadi saya tidak mengalami masalah untuk mengamalkan minum jus ini. Semasa mengamalkannya minum jus ini memang saya sentiasa bertenaga dan tidak merasa lapar. Selera makan juga menjadi kurang. Saya juga ada buat senaman atau pergi gym 3 ke 4 kali seminggu. Cuba nak bina otot, tak nak bagi mengeleber. 5. Saya mula meminum Jus Diet Mate 5 ini pada awal bulan Disember 2008 dan alhamdullilah setelah 3 bulan ( 26 Feb 2009 ) mengamalkanya berat badan saya turun dari 103kg kepada 83kg. Iaitu sebanyak 20kg. Saya sangat berpuas hati dengan perubahan ini walaupun cemburu dengan kawan-kawan yang lain yang mampu turun berat badan mereka sehingga 20 kg lebih hanya dalam masa 10 minggu sahaja. Tapi tetap puas hati kerana turun 20 kg berbanding diet yang dulu selama 4 bulan hanya turun 8 kg. 6. Insyallah saya akan terus mengamalkan minum Jus Diet Mate 5 ini sehinggalah sasaran berat badan saya mencapai 70 kg. Saya rasa berat badan tersebut adalah baik bagi saya memandangkan saya mempunyai kerangka badan yang besar. ***kak tiey nye downline,testimoni di web rasmi HPM | |
Tuesday, June 23, 2009
Testimoni JM5 TERBARU
Testimoni JM5
Kenapa Berat Badan Susah Nak Turun?
Mereka yg sukar turun berat bukan sahaja disebabkan kalori lebihan,..dlm kes begini walaupun kalori sudah dikurangkan dan Jus Mate diambil utk tingkatkan metabolisma dan pembakaran lemak,..lemak tidak mampu di bakar / dihancurkan kerana ia dihalang oleh faktor halagan seperti:
- kerosakan sel akibat sudah mengamal pil langsing berkimia,
- kesan ubatan steroid , pil kesuburan, pil perancang dan kesan negetif lain yg telah doc bincangkan .
Namun jika penguna sanggup hanya ambil plain water + JDM 2X + sedikit buah + sedikit sayur=pasti badan anda mampu utk di didik dan menerima JDM utk membakar lemak.
kejayaan penguna yg alami kes begini sudah byk.
Dr Rozmey.
Thursday, August 14, 2008
SERTAI CABARAN LANGSING,KURUS DGN JDM5
www.jdm5.blogspot.com | www.BisnesWanita.com | www.SentuhanKreatif.com

Bagaimana menyertainya?
1. Ambil gambar anda sebelum dan selepas menggunakan Jus Mate5. Tulis /taip pengalaman anda selama menggunakan Jus Mate5 (cara diet, kebaikan kesihatan yang lain selain kurus, perubahan dari segi kewangan) tak kurang 100 patah perkataan dan hantarkan kepada kami.
2. Setiap satu penyertaan, sertakan sekali 3X penutup atas kotak Jus Mate 5 sebagai bukti pembelian.
3. Pastikan gambar tersebut bersaiz 4R dan ditulis tarikh gambar diambil di belakangnya.
4. Gambar anda pastinya yang paling menarik dengan penurunan berat yang paling memuaskan hati anda.
Syarat dan terma
1. Tarikh tutup penyertaan adalah 31 Oktober 2008
2. Bukti penghantaran bukanlah bukti penerimaan.
3. Kami berhak untuk menukar hadiah kepada yang sama nilai dengannya.
4. Kami berhak untuk menggunakan penyertaan anda di media cetak atau di mana sahaja untuk pengiklanan kami
5. Ahli keluarga dan kakitangan HPM tidak layak meyertai cabaran ini.
Hantar penyertaan anda ke:
Cabaran Langsing Jus Mate5
Herba Prima Marketing
Lot 70, Bandar Darulaman Jaya,
06000 Jitra Kedah.
Butir butir diri anda yang diperlukan untuk meyertai cabaran ini adalah:
Nama:
No. K/P:
Alamat:
Berat sebelum: ? kg / Selepas: ? kg
Ukuran badan:
dada ____________inci
pinggang _________inci
pinggul___________inci
Tuesday, June 17, 2008
TURUN 15KG DALAM MASA 4 BULAN
Tuesday, May 13, 2008
TIPS BERSAMA DR ROZMEY
Soal jawab di bawah di petik dari chatter box website rasmi HPM untuk tatapan semua. Sesetengah ayat diubahsuai untuk memudahkan pemahaman.
Soalan 1:
Saya berat 82kg, tinggi 154 kerja guru, boleh tak bagi menu yang saya boleh amal sebab mengajar ni penat, lepas ngajar rasa lapar selalu, saya sarapan pagi dengan mee sup setiap pagi dan nescafe ais , berapa kalori dah semua tu.
Jawapan :
Had berat maksima puan utk BMI yang normal adalah 56kg. Berat badan yang ideal adalah 52kg. Sekarang BMI puan 35.5. Dr cadangkan Puan ambil 2 kali sehari JDM , untuk menggantikan makan tengah hari dan sebelum tidur. Ambil sarapan dan makan malam separuh daripada biasa. Pastikan puan akan rasa kenyang, bertenaga, dan tak suka makan, seterusnya akan mengalami penurunan berat badan . Dr target Puan akan dapat menurunkan berat sebanyak 10kg sebulan. Selamat mencuba
Soalan 2:
Bolehkah JDM5 di ambil selepas makan nasi?
Jawapan :
Pertama sekali Puan perlu mengurangkan pengambilan kalori. Seterusnya gantikan dengan makanan yang rendah lemak, protein dan karbohidrat dan tinggi serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
Pastikan tiada pengambilan kalori 2 jam sebelum dan 3 jam selepas mengambil JDM5 kerana ia akan mengganggu proses pembakaran lemak oleh JDM5.
Soalan 3:
Bolehkah JDM5 di ambil sebelum tidur untuk mereka yang mempunyai masalah untuk mengambil JDM5 pada waktu tengah hari?
Jawapan:
Boleh. JDM5 membantu proses pembakaran lemak walaupon semasa tidur. Yang penting kawal pengambilan kalori dan jenis makanan yang diambil. Namun untuk kesan yang terbaik adalah pengambilan pada waktu tengah hari.
Tip hari ini
- Fat Burner di dalam JDM5 mempunyai 20kali lebih potensi berbanding latihan menggunakan treadmill selama 1 jam.
- Lakukan senaman secara berterusan walau 10 minit sehari. Senaman yang tidak konsisten tidak digalakkan kerana akan merendahkan tahap metabolisme badan.
** KREDIT TO KAK TIEY ..tima kasih kak tiey..cayang akak..hehehe
JUS DIET MATE 5 TESTIMONI PRODUK DIET
Monday, May 12, 2008
JUS DIET MATE 5 MEMANG HEBAT!!
Monday, April 14, 2008
TESTIMONIAL EXCLUSIVE JUS DIET MATE 5 HANGAT!
TESTIMONIAL EXCLUSIVE JUS DIET MATE- PELANGGAN
berminat untuk mendapatkan JUS DIET MATE 5?
YM= nza_80
No HP - 0122671285 NAZHA - NEGERI SEMBILAN (LUAR DARI NI SEMUA FREE POS SEMENANJUNG)
**dalam suratkhabar/majalah Nor Zalilah Binti Abdullah (nama sebenar saya sebagai salah seorang pengedar aktif di Negeri Sembilan)
Monday, March 31, 2008
Testimonial Terkini Adik Lutfie
TESTI BARU LAGI
Friday, March 21, 2008
Suzana tak malu lagi keluar rumah

KELUAR: Suzana bersiar-siar di halaman rumahnya sambil ditemani Dr Rozmey setelah terperap selama lima tahun di dalam rumah.
Berat badan susut 40kg selepas ikuti program diet seimbang Dr Che Rozmey
KUALA KEDAH: Suzana Md Noor, 30, yang pernah memiliki berat badan mencecah 230 kilogram (kg) dan hanya berkurung di rumah sejak lima tahun lalu kini mula keluar rumah selain mampu berdiri berbanding dulu.
Sejak berat badannya susut 40kg dalam masa 40 hari, beliau bertambah yakin meneruskan diet seimbang seperti yang disarankan Penyelidik Obesiti dan Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Pusat Perubatan Jitra, Dr Che Rozmey Che Din.
Beliau yang kini memiliki berat badan 190 kg mahu melupakan kenangan pahit memiliki tubuh besar sejak di bangku sekolah lagi.
"Sejak dulu, saya gagal menurunkan berat badan walaupun sudah mencuba pelbagai produk pelangsing badan di pasaran membuatkan saya hampir putus asa disebabkan berat badan yang semakin bertambah.
"Bagaimanapun, sejak menggunakan produk Dr Rozmey, impian untuk kurus semakin cerah kerana tidak perlu melakukan pembedahan, senaman atau suntikan dan yang penting adalah sabar," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Seri Putra, dekat sini, semalam.
Suzana berkata, walaupun sudah mampu keluar rumah, namun masih takut pergi jauh kerana bimbang perubahan dirinya selain mahu membiasakan diri terlebih dulu.
Beliau juga serik memiliki tubuh besar seperti dulu dan disebabkan itu terpaksa mengurangkan makan nasi serta lauk selain minum banyak air suam setiap hari.
"Ibu banyak membantu dan memberi sokongan dan saya gembira dengan perubahan ini. Saya juga takut untuk makan banyak seperti dulu kerana bimbang gemuk semula. Saya berazam mengurangkan berat badan bawah 100 kg kerana mahu bergaya seperti orang lain," katanya.
Katanya, beliau kini sudah mampu menggunakan lima meter kain untuk dibuat baju kurung berbanding sebelum ini iaitu enam meter.
Beliau berkata, ukuran lilitan pinggangnya pula kini mencecah 152 sentimeter (cm) berbanding 160 cm bulan lalu.
"Sebelum ini, saya tidak datang haid hampir lima tahun dan ia amat membimbangkan. Sebagai wanita saya bimbang apa yang akan berlaku jika berkahwin kelak.
"Bagaimanapun, segala-galanya berubah apabila saya datang haid seperti orang lain dan saya bertambah yakin dengan diri saya," katanya.
Ibunya, Saadiah Morad, 47, berkata, anak perempuan sulung tiga beradik itu turut membantunya membuat kuih setiap hari sebelum keluar berniaga setiap hari.
Katanya, sebelum ini sudah lebih RM10,000 dihabiskan untuk membeli produk pelangsing badan untuk Suzana menggunakan wang simpanan hasil jualan kuih tetapi gagal.
"Dia bertambah yakin dengan dirinya sehinggakan turut menambah pendapatan menjual produk Jus Diet Mate 5 ini untuk mencari wang saku untuk membantu menyara keluarga memandangkan dua adiknya tinggal berjauhan dari kami," katanya.
Wednesday, March 19, 2008
Monday, March 10, 2008
TESTIMONIAL JUS DIET MATE 5
Alhamdulillah.. walaupun sebenarnye kita skip amik JDM5 sebab busy atau terlupa,JDM5 ni masih boleh maintainkan selera makan kita..takde la naik selera makan tu membuak-buak seperti dulu..Ni testimonial dari kawan saya,baru je selesai amik kotak pertama.. anda yg diluar sana,masih ragu2?hubungi saya di 0122671285 untuk keterangan lanjut..TQ
Tuesday, March 4, 2008
LAGI TESTIMONI EXCLUSIF JUS DIET MATE 5
Sunday, March 2, 2008
JUS DIET MATE 5 - NEW INFO
JUS MATE5 diformulasikan saya ini, adalah merupakan program pelangsingan yang paling mudah, selamat, berkesan dan murah. Bagi mendapatkan kesihatan yang baik, individu terlibat mestilah sanggup merubah tabiat pemakanan dan rutin harian mereka.
Sebagai contoh yang jelas, pesakit yang menghidap darah tinggi mestilah mengambil diet yang kurang garam, masin, elakkan mengambil daging dan makanan berlemak. Amalan pemakanan pula mestilah diikuti dengan merubah cara makan sedikit tetapi kerap.
Amalan pemakanan ini pula mestilah diikuti dengan merubah gaya hidup yang lebih baik serta sihat iaitu dengan memperuntukkan masa untuk berjoging atau bersenam dan bersantai. Kiranya amalan ini kekal berterusan, saya percaya individu terbabit tidak perlu lagi mengambil sebarang ubat2an; contoh ubat darah tinggi dan sebagainye.
Ia sama dengan situasi individu yang memiliki tubuh badan gemuk. Mereka wajar mengurangkan mengambil kalori (mengurangkan makan) dan perlu menggunakan kalori/membakar lemak (senaman) sebelum mengamalkan sebarang produk pelangsingan badan.
Program Diet terbaik untuk mereka ingin kurus adalah kalori rendah (800 - 1000kcal/sehari), rendah lemak, rendah carb, rendah protein dengan serat (fiber) yang tinggi. Kalori yang paling banyak (600-800kcal) elok diambil semasa sarapan pagi, seperti 2 keping roti di sapu marjerin dan segelas air. Manakala sayuran dan buah2an yang diambil pada sebelah petang untuk menyihatkan sel badan dan usus.
Dalam program diet Mate 5, tiada kalori baru lagi yang diambil dan dimakan selepas mengambil Mate 5 pada waktu tengah hari. Jus Diet Mate 5 MENGGANTIKAN makan tengah hari dan makan malam sekaligus!
Ini penting bagi memastikan bahan-bahan pembakar lemak dalam Mate 5 mampu bekerja dengan maksima mengaktifkan proses lipolisi, menukar lemak kepada tenaga, menggunakan glokus kepada tenaga. Ini juga membenarkan perut sendat (kesan Guar Gum) memberi input kenyang ke appitate centre di hipotalamus.
Di samping itu neutrotransmitter serotonin diaktifkan dihipotalamus menjadikan minda tidak ingat lapar lagi. Penurunan berat badan terjadi akan memotivasikan individu terbabit untuk terus mengamalkan diet dan bersemangat tinggi.
Hasilnya sel2 lemak ini semakin mengecil dan berkurangan dan inidividu terbabit mampu meneruskan amalan pemakanan yang dipelajari sepanjang tempoh pelangsingan badan., Dan tiada perasaan lapar terjadi secara mengejut!
Tuesday, February 19, 2008
Testimonial Hangat!!
Saya Nor Zalilah Abdullah atau lebey dikenali sebagai Nazha di alam cyber..merupakan pengguna Jus Diet Mate 5.Baru sebulan mencuba JDM5,apa yang saya dapat lihat,penurunan berat badan saya tidak mendadak,hanya 5.5kg selama sebulan.mungkin kerana sy amik 1 peket sehari saja seperti yg DR ROZMEY syorkan.Itupun 4hari lupa nak minum JDM5 kerana kesibukan kerja.Apa yg saya perasan,perubahan ketara adalah penurunan bahagian muka saya dulu..huhuhu.. tak tau la kenapa. Masih berusaha utk menurunkan dan mencapai berat badan yang ideal,jadi disini sy menempek pic muka aje dulu sbb pic badan mmg belum nmpak perbezaan yg ketara lagi.Pada anda yang diluar sana,yang kontek saya masih ragu-ragu nak mencuba Jus Diet Mate 5 ini,saya syorkan mencuba trial pek kami- dan saya merupakan Pengedar Sah Herba Prima Marketing untuk Produk Jus Diet Mate 5
Saturday, February 9, 2008
TERKINI HANGAT JUS DIET MATE 5
dulu sy pernah paste citer pasal suzana ni
Suzana dah turun 10 kg - dalam masa 14 hari...ini sms dari dr Rozmey kpd pengedar aktif pada ....22/2/2008
kalau Suzana yg berat 230kg boleh turun,takkan kita tak boleh..hehe..semangat sikit...yehaaaaa!!~

KUALA KEDAH: “Sudah lima tahun saya tidak keluar rumah kerana tidak berdaya untuk berjalan selain malu dengan masyarakat berikutan tubuh terlalu gemuk,” kata Suzana Md Noor, 30, yang memiliki badan seberat 230 kilogram (kg).
Berikutan itu, Suzana hanya mampu duduk di kerusi di rumahnya di Taman Seri Putra, di sini, setiap hari kerana tidak mampu bergerak akibat saiz badan selain menghidap penyakit selulit hingga menyebabkan kaki kirinya bernanah.
Suzana yang memiliki ukuran pinggang 160 sentimeter (sm) kini runsing dengan berat badannya kerana bimbang akan diserang penyakit lain seperti darah tinggi dan kencing manis.
Menurutnya, dia hanya duduk di kerusi di ruang tamu rumah sejak lima tahun lalu dan berjalan ke bilik air kira-kira dua meter dari situ.
“Saya tidak boleh berjalan lebih jauh dari jarak itu kerana kaki kiri akan sakit. Malah, untuk ke dapur serta bilik lain pun saya tidak mampu,” katanya ketika ditemui, di rumahnya, semalam.
Suzana tidak pernah memakai seluar jeans atau kemeja-T seperti orang lain sepanjang hidupnya, sebaliknya berbaju kurung tetapi menggunakan kain sepanjang enam meter.
Katanya, ketika penduduk kawasan perumahan itu lari menyelamatkan diri ketika amaran tsunami, tahun lalu dia tidak mampu berbuat apa-apa dan hanya terperap di rumah bersama ibunya.
“Sejak 20 tahun lalu, saya menghabiskan lebih RM10,000 membeli pelbagai produk pelangsingan termasuk berjenama tetapi langsung tidak berubah menyebabkan saya terpaksa membiarkan bentuk badan begini,” katanya.
Ibunya, Saadiah Morad, 47, sanggup menyimpan wang RM10 sehari untuk membeli pelbagai produk pelangsing berharga ratusan ringgit semata-mata mahu mengurangkan berat badan anaknya.
Suzana berkata, bapanya sudah tujuh tahun meninggal dunia manakala dua adik lelakinya masing-masing sudah bekerja dan tinggal berasingan.
“Saya pernah terbaca kisah mengenai Mazliwati yang memiliki berat badan 208kg dan apabila mengetahui berat badannya sudah turun sehingga mencecah 90kg menyebabkan saya mengikut jejak langkahnya.
“Disebabkan itu, saya menghubungi Pakar Pusat Perubatan Jitra dan Penyelidik Obesiti, Dr Che Rozmey Che Din bagi membantu mengatasi masalah saya dan berharap dapat mencapai impian itu,” katanya.
Petikan HARIAN METRO - 7/2/2008 - Khamis
Dr Che Rozmey mengukur pinggang Suzana menggunakan tali rafia di rumahnya di Taman Sri Putra, Kuala Kedah.W a n i t a berkurung malu berat badan cecah 230kg
Oleh Zuliaty Zulkiffli
ALOR STAR: Suzana Md Noor, yang mempunyai berat badan 230 kilogram (kg) mengambil keputusan untuk berkurung di dalam rumahnya di Taman Sri Putra, Kuala Kedah, dekat sini, sejak 2004 kerana malu.
Suzana, 30, berkata dia juga tidak boleh berjalan kerana sakit kaki akibat badan yang terlalu berat menyebabkan dunianya hanya di dalam rumah setiap hari.
Dia juga terpaksa melupakan hasrat untuk membantu ibunya, Saadiah Murad, 47, menjual kuih di pekan Kuala Kedah setiap hari dengan pendapatan sekitar RM10 sehari.
Suzana kini hampir berputus asa untuk berusaha menurunkan berat badannya apabila pelbagai usaha, termasuk membeli produk pelangsing badan sehingga sudah mencecah RM10,000 sejak lebih 20 tahun lalu, tidak berhasil.
"Ibu berusaha menyimpan wang untuk membantu membeli produk pelangsing badan, tetapi akhirnya saya tidak dapat membantu ibu," katanya ketika ditemui di rumahnya.
Bapanya sudah hampir tujuh tahun meninggal dunia, manakala dua adik lelakinya masing-masing sudah bekerja dan tinggal berasingan. Suzana tidak dapat bekerja hanya bergantung kepada dua adik lelakinya untuk menghantar wang setiap bulan.
Suzana berkata, sejak lima tahun lalu, dia hanya duduk di atas kerusi di ruang tamu rumah kerana tidak dapat berjalan dan hanya bergerak ke bilik air untuk mandi.
"Seumur hidup, saya tidak pernah memakai seluar atau kemeja-T seperti orang lain. Saya hanya berbaju kurung, walaupun di rumah selain terpaksa menggunakan enam meter kain untuk membuat sepasang baju kurung," katanya.
Dia yang memiliki ukur lilit pinggang kira-kira 160 sentimeter itu turut mengalami penyakit selulit yang kronik menyebabkan kaki kirinya bernanah.
"Ketika bersekolah, berat saya hanya 150kg, tetapi ia semakin naik sehingga hari ini iaitu 230kg menyebabkan saya tidak larat untuk bergerak terlalu banyak," katanya.
Suzana berkata, dia juga tidak berdaya bersenam kerana sukar bergerak.
Katanya, dia pernah beberapa kali cuba menimbang berat badan, tetapi alat penimbang yang dibelinya kerap patah menyebabkan dia sedih.
Kata Suzana, dia juga sukar untuk ke hospital mendapatkan pemeriksaan kerana tidak berdaya untuk berjalan jauh ke stesen bas yang terletak kira-kira 50 meter dari rumahnya selain sukar untuk masuk dalam kereta.
"Saya menghubungi Pakar Pusat Perubatan Jitra dan Penyelidik Obesiti, Dr Che Rozmey Che Din untuk membantu mengatasi masalah saya alami dan berharap dapat mencapai impian itu," katanya.
Sementara itu, Dr Che Rozmey menyampaikan sumbangan produk pelangsingan badannya untuk membantu Suzana mendapatkan berat badan yang diimpikannya sebelum ini.
Beliau berkata, kegemukan yang dialami Suzana berkemungkinan akibat keturunan dan beliau menjangkakan berat badan Suzana boleh turun antara 20kg hingga 30kg sebulan dengan diet yang diberinya itu.
PETIKAN BERITA HARIAN
Thursday, January 31, 2008
TESTIMONIAL EXCLUSIVE JUS DIET MATE 5
jom pakat2 kira kalori makanan seharian kita disini http://foodcaloriescount.blogspot.com/
Sunday, January 27, 2008
Testimonial JDM5 - Pengguna Lelaki
Ni 1st testimonial pelanggan lelaki saya MR. dot dot dot (dia mintak dirahsiakan ID nye)
am****: sekarang ada rasa sedap gak aa
LaDy NaZhA: ekekeke
am****: hehehehee
am****: and ada rasa ringan skit
am****: kejap tol dah rasa ringan
am****: saya mlm mkn buah dgn sup je
Bole baca jugak screenshot YM dia di atas,klik pic..moga sama-sama kita berjaya mendapat berat badan yang ideal..AMIN






Yahoo Messenger: bisneswanita
Call/Sms me: 012-2671285




.gif)
