dulu sy pernah paste citer pasal suzana ni
Suzana dah turun 10 kg - dalam masa 14 hari...ini sms dari dr Rozmey kpd pengedar aktif pada ....22/2/2008
kalau Suzana yg berat 230kg boleh turun,takkan kita tak boleh..hehe..semangat sikit...yehaaaaa!!~
KUALA KEDAH: “Sudah lima tahun saya tidak keluar rumah kerana tidak berdaya untuk berjalan selain malu dengan masyarakat berikutan tubuh terlalu gemuk,” kata Suzana Md Noor, 30, yang memiliki badan seberat 230 kilogram (kg).
Berikutan itu, Suzana hanya mampu duduk di kerusi di rumahnya di Taman Seri Putra, di sini, setiap hari kerana tidak mampu bergerak akibat saiz badan selain menghidap penyakit selulit hingga menyebabkan kaki kirinya bernanah.
Suzana yang memiliki ukuran pinggang 160 sentimeter (sm) kini runsing dengan berat badannya kerana bimbang akan diserang penyakit lain seperti darah tinggi dan kencing manis.
Menurutnya, dia hanya duduk di kerusi di ruang tamu rumah sejak lima tahun lalu dan berjalan ke bilik air kira-kira dua meter dari situ.
“Saya tidak boleh berjalan lebih jauh dari jarak itu kerana kaki kiri akan sakit. Malah, untuk ke dapur serta bilik lain pun saya tidak mampu,” katanya ketika ditemui, di rumahnya, semalam.
Suzana tidak pernah memakai seluar jeans atau kemeja-T seperti orang lain sepanjang hidupnya, sebaliknya berbaju kurung tetapi menggunakan kain sepanjang enam meter.
Katanya, ketika penduduk kawasan perumahan itu lari menyelamatkan diri ketika amaran tsunami, tahun lalu dia tidak mampu berbuat apa-apa dan hanya terperap di rumah bersama ibunya.
“Sejak 20 tahun lalu, saya menghabiskan lebih RM10,000 membeli pelbagai produk pelangsingan termasuk berjenama tetapi langsung tidak berubah menyebabkan saya terpaksa membiarkan bentuk badan begini,” katanya.
Ibunya, Saadiah Morad, 47, sanggup menyimpan wang RM10 sehari untuk membeli pelbagai produk pelangsing berharga ratusan ringgit semata-mata mahu mengurangkan berat badan anaknya.
Suzana berkata, bapanya sudah tujuh tahun meninggal dunia manakala dua adik lelakinya masing-masing sudah bekerja dan tinggal berasingan.
“Saya pernah terbaca kisah mengenai Mazliwati yang memiliki berat badan 208kg dan apabila mengetahui berat badannya sudah turun sehingga mencecah 90kg menyebabkan saya mengikut jejak langkahnya.
“Disebabkan itu, saya menghubungi Pakar Pusat Perubatan Jitra dan Penyelidik Obesiti, Dr Che Rozmey Che Din bagi membantu mengatasi masalah saya dan berharap dapat mencapai impian itu,” katanya.
Petikan HARIAN METRO - 7/2/2008 - Khamis
W a n i t a berkurung malu berat badan cecah 230kg
Oleh Zuliaty Zulkiffli
ALOR STAR: Suzana Md Noor, yang mempunyai berat badan 230 kilogram (kg) mengambil keputusan untuk berkurung di dalam rumahnya di Taman Sri Putra, Kuala Kedah, dekat sini, sejak 2004 kerana malu.
Suzana, 30, berkata dia juga tidak boleh berjalan kerana sakit kaki akibat badan yang terlalu berat menyebabkan dunianya hanya di dalam rumah setiap hari.
Dia juga terpaksa melupakan hasrat untuk membantu ibunya, Saadiah Murad, 47, menjual kuih di pekan Kuala Kedah setiap hari dengan pendapatan sekitar RM10 sehari.
Suzana kini hampir berputus asa untuk berusaha menurunkan berat badannya apabila pelbagai usaha, termasuk membeli produk pelangsing badan sehingga sudah mencecah RM10,000 sejak lebih 20 tahun lalu, tidak berhasil.
"Ibu berusaha menyimpan wang untuk membantu membeli produk pelangsing badan, tetapi akhirnya saya tidak dapat membantu ibu," katanya ketika ditemui di rumahnya.
Bapanya sudah hampir tujuh tahun meninggal dunia, manakala dua adik lelakinya masing-masing sudah bekerja dan tinggal berasingan. Suzana tidak dapat bekerja hanya bergantung kepada dua adik lelakinya untuk menghantar wang setiap bulan.
Suzana berkata, sejak lima tahun lalu, dia hanya duduk di atas kerusi di ruang tamu rumah kerana tidak dapat berjalan dan hanya bergerak ke bilik air untuk mandi.
"Seumur hidup, saya tidak pernah memakai seluar atau kemeja-T seperti orang lain. Saya hanya berbaju kurung, walaupun di rumah selain terpaksa menggunakan enam meter kain untuk membuat sepasang baju kurung," katanya.
Dia yang memiliki ukur lilit pinggang kira-kira 160 sentimeter itu turut mengalami penyakit selulit yang kronik menyebabkan kaki kirinya bernanah.
"Ketika bersekolah, berat saya hanya 150kg, tetapi ia semakin naik sehingga hari ini iaitu 230kg menyebabkan saya tidak larat untuk bergerak terlalu banyak," katanya.
Suzana berkata, dia juga tidak berdaya bersenam kerana sukar bergerak.
Katanya, dia pernah beberapa kali cuba menimbang berat badan, tetapi alat penimbang yang dibelinya kerap patah menyebabkan dia sedih.
Kata Suzana, dia juga sukar untuk ke hospital mendapatkan pemeriksaan kerana tidak berdaya untuk berjalan jauh ke stesen bas yang terletak kira-kira 50 meter dari rumahnya selain sukar untuk masuk dalam kereta.
"Saya menghubungi Pakar Pusat Perubatan Jitra dan Penyelidik Obesiti, Dr Che Rozmey Che Din untuk membantu mengatasi masalah saya alami dan berharap dapat mencapai impian itu," katanya.
Sementara itu, Dr Che Rozmey menyampaikan sumbangan produk pelangsingan badannya untuk membantu Suzana mendapatkan berat badan yang diimpikannya sebelum ini.
Beliau berkata, kegemukan yang dialami Suzana berkemungkinan akibat keturunan dan beliau menjangkakan berat badan Suzana boleh turun antara 20kg hingga 30kg sebulan dengan diet yang diberinya itu.
PETIKAN BERITA HARIAN
No comments:
Post a Comment